Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang ke Laman Web

WEBMASTERSPK..

 

Laman web ini saya bangunkan kerana saya ingin berkongsi maklumat (assignment) dengan bakal pelatih Sekolah Perhutanan Kepong khasnya dan insan yang bergelar rimbawan amnya.

Pengalaman disini merupakan pengalaman saya sendiri yang telah menjadi pelatih bagi kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan sessi 2004/2005. Selama 2 tahun berada disini, pelbagai pengalaman, kenangan, ilmu dan dorongan yang telah saya terima.

Pada peringkat awalnya, seramai 23 orang insan istimewa dari seluruh Semenanjung telah terpilih untuk menjalani latihan bagi kursus ini. Walaubagaimanapun, seorang telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, hanya 22 orang sahaja yang dapat meneruskan perjuangan hingga ke titisan embun yang terakhir.

Sepanjang 2 tahun menjalani latihan, pelbagai ilmu mengenai perhutanan, ikhtiar hidup (jungle survivor), alam sekitar, hidupan liar, bio-diversiti, keusahawanan dan pelbagai lagi telah disampaikan dengan begitu baik dan terancang. Tidak lupa juga (assignment) yang berlambak-lambak terpaksa kami tempuhi.

Alhamdulillah, kami telah berjaya mengharungi segala cabaran yang telah disajikan hingga ke penghujung. Waktu ini, kami berdebar-debar untuk menantikan hari graduasi kami yang bakal diadakan pada bulan April 2006 ini.

Kepada pelatih kursus ini di SPK, rajin-rajinlah lawati laman web ini kerana saya akan sentiasa 'up-date'kan pelbagai contoh assignment dan gambar-gambar kami sewaktu menjalani latihan disana.

 

Semester 1        Semester 2        Semester 3        Semester 4

 

~Done By~

Webmaster SPK 2004/2005